Close

iPhone 13 Pro dan Pro Max bakal hadir dengan pilihan warna ‘Matte Black’

 

Walaupun hari pelancaran barisan iPhone 13 masih lagi jauh, tetapi kita telah pun didedahkan dengan beberapa maklumat awal mengenai barisan iPhone baru dari Apple.

Terdapat beberapa khabar angin baru mengenai iPhone 13 yang menunjukkan terdapat beberapa perubahan pada reka bentuk, warna dan ciri baru.


Menurut Max Weinbach melalui saluran YouTube EverythingApplePro, iPhone 13 bakal hadir dengan pilihan warna hitam matte untuk model Pro dan Pro Max dengan lapisan keluli tahan karat baru yang menggurangkan kesan smudges dan cap jari.


Weinbach turut mengatakan barisan iPhone 13 akan menggunakan modul kamera baru yang tidak sama rata tetapi setiap lensa akan lebih tinggi dan kurang dari kerangka utama. Selain itu, modul kamera akan menjadi lebih kecil bagi mengurangkan ketebalan sistem kamera sepenuhnya.

Awal minggu lalu, penganalisa Apple Ming-Chi Kuo mengatakan Apple merancang untuk beralih ke reka bentuk kamera berlubang untuk beberapa model iPhone mulai tahun 2022. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN