Close

Jam tangan pintar pertama OnePlus akan dilancarkan bersama siri OnePlus 9


OnePlus
telah pun mengumumkan acara pelancaran siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini. Yang mana acara pelancaran tersebut akan dilakukan secara atas talian. Pada acara tersebut bukan sahaja siri OnePlus 9 akan diperlihatkan tetapi jam tangan pintar pertama dari OnePlus juga bakal dipersembahkan.

Perkara ini disahkan melalui akaun Twitter OnePlus, yang memperlihatkan video pendek bersama kapsyen “You asked for it. You’re getting it.” 

Jam tangan pintar pertama dari OnePlus di jangka akan dilengkapi dengan beberapa fungsi seperti ciri kesihatan dan kecergasan serta penjejak tidur. Namun ia bukanlah fungsi baru, kerana kebanyakkan jam tangan pintar pada hari ini telah pun tersedia dengan fungsi tersebut.

OnePlus tidak mendedahkan banyak maklumat dalam Tweetnya selain untuk mengesahkan bila ia akan dilancarkan.  Sama-sama kita nantikan apa yang bakal OnePlus tawarkan pada jam tangan pintar pertama dari mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN