Dalam laporan terbaru Opensignal, yang memberikan statistik penuh mengenai bagaimana prestasi 5G Amerika Syarikat. Sebilangan besar peranti dengan 5G terpantas di Amerika Syarikat adalah dihasilkan oleh Samsung.
Walaupun iPhone 12 mencatatkan peningkatan kelajuan 5G sebanyak 2.3 kali ganda berbanding iPhone 4G namun ia masih gagal menyaingi kepantasan 5G pada peranti Android. Opensignal turut mendedahkan terdapat 25 model Android dengan Samsung merangkumi 60% darinya.
Statistik menunjukkan yang Samsung Galaxy S21 adalah yang teratas dengan kelajuan muat turun 4G/5G 56 Mbps. Di tempat kedua dan ketiga adalah TCL Revvl 5G dan OnePlus 8T yang mencatatkan kelajuan purata 49.8 dan 49.3 Mbps.
Walaupun terdapat peningkatan kelajuan 5G pada iPhone berbanding 4G namun ia masih berada dibelakang Android. Secara keseluruhan barisan iPhone 12 mencatatkan muat turun 18% lebih perlahan berbanding Samsung.