Close

Kemaskini Android 11 pada OnePlus Nord dihentikan kerana masalah prestasi


OnePlus telah pun melepaskan kemaskini Android 11 untuk OnePlus Nord, setelah melancarkan tiga kemaskini OxygenOS Open Beta Android 11. Kemaskini itu membawakan sejumlah ciri baru yang diperkenalkan Google dan juga beberapa penambahbaikan dari OnePlus.

Pengguna OnePlus Nord kebanyakkan telah pun menerima kemaskini itu yang telah dilepaskan secara global dan berperingkat. Tetapi, OnePlus baru-baru ini menghentikan kemaskini itu buat sementara waktu.

Melalui laporan yang diterima dari Komuniti OnePlus, kemaskini Oxygen OS 11 di hentikan buat sementara waktu kerana terdapat beberapa masalah yang telah dikesan yang melibatkan prestasi dan kestabilan.

Namun laporan itu tidak memperincikan apakah masalah yang dihadapi, tetapi beberapa pengguna OnePlus Nord memberitahu terdapatnya masalah seperti penggunaan bateri yang luar biasa, pengecasan pantas yang perlahan dan banyak lagi.

Selain itu, kemaskini Oxygen OS 11 juga telah mematikan fungsi App Locker yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses aplikasi yang diletakkan dalam App Locker. Terdapat juga masalah seperti tidak boleh membuka beberapa foto pada aplikasi galeri dan juga masalah pada pelancar pihak ketiga.

Pihak OnePlus kini sedang menyiasat masalah tersebut dan bakal melancarkan kemaskini baru Oxygen OS 11 dalam masa terdekat. Jika anda masih belum mengemaskini OnePlus Nord kepada Android 11, anda di syorkan untuk menunggu sehingga kemaskini dikelurkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN