Lenovo Legion 2 Pro bakal dilancarkan pada 8 April ini - FUZZ.MY

Wednesday, March 24, 2021

Lenovo Legion 2 Pro bakal dilancarkan pada 8 April ini


Bulan Mac adalah bulan yang paling sibuk buat pengemar komunikasi mudah alih, selepas ZTE dengan Red Magic 6, Asus dengan ROG Phone 5 dan Xiaomi dengan Black Shark 4 kini giliran Lenovo pula mengambil tempat.



Lenovo nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan peranti permainan baru mereka iaitu Lenovo Legion 2 Pro. Yang mana ia dijadual akan dilancarkan pada April 8 ini. 


Maklumat mengenai hari pelancaran Lenovo Legion 2 Pro diperolehi dari laman Weibo apabila Lenovo memuatnaik gambar poster bersama tarikh pelancarannya. Namun, tiada sebarang spesifikasi yang ditiriskan dalam gambar poster tesebut.


Namun apa yang dijangka, Lenovo Legion 2 Pro akan hadir dengan Snapdragon 888, memori sehingga 16GB dan pengecasan pantas 110W.


(Sumber)