Close

LG Elektronik mungkin akan menutup perniagaan komunikasi mudah alih


LG Elektronik
mungkin akan menutup perniagaan komunikasi mudah alihnya daripada menjualnya. Kerana rundingan LG untuk menjual perniagaan mereka dilaporkan telah gagal.

Menurut laporan dari Bloomberg , LG merancang untuk menjual perniagaan telefon pintar mereka kepada Volkswagen AG dari Jerman dan Vingroup JSC Vietnam namun rundingan itu telah gagal.     Kegagalan rundingan itu adalah kerana harga jualannya yang terlalu tinggi.

Selepas kegagalan itu, LG turut bercadang untuk tidak melancarkan sebarang peranti pada separuh tahun pertama 2021. Atau dengan erti kata lain, menghentikan sebarang peranti baru pada ketika ini.

Pada awal Januari lalu di CES 2021, LG mengumumkan konsep peranti pertama mereka dengan LG Rollable. Yang dijangka akan mula dijual pada akhir tahun ini, namun semuanya tidak berjalan seperti apa yang dirancang oleh syarikat gergasi teknologi dari Korea Selatan itu.

LG bakal mengumumkan sesuatu mengenai perkara ini yang dijangka akan dibuat seawal April ini. Sekaligus menjawab arah tuju LG Elekronik selepas ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN