Close

Model iPhone 2022 dilaporkan akan menggunakan kamera swafoto jenis ‘Puch-Hole’

Laporan dari penganalisis terkenal Apple iaitu Ming-Chi Kuo, menyatakan akan ada perubahan pada model iPhone akan datang dengan tidak lagi menggunakan rekaan takuk tetapi menggunakan kamera swafoto jenis punch hole.

Memetik dari sumber pembekal Apple, sekurang-kurang dua model iPhone 2020 iaitu model Pro dan Pro Max akan menggunakan rekaan kamera swafoto punch-hole. 

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana Apple akan meletakkan fungsi Face ID jika menggunakan rekaan kamera swafoto jenis punch-hole. 

Ming-Chi Kuo turut menambah yang Apple bakal melancarkan iPhone SE baru dengan cip terkini dan juga sokongan 5G pada 2022. Yang mana akan menggunakan reka bentuk iPhone SE 4.7 inci berserta dengan fungsi Touch ID. 

Perubahan ini akan mungkin akan berlaku sekurang-kurangnya pada model premium Apple pada tahun 2022 kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN