Close

OnePlus 9 dan 9 Pro kini rasmi – Snapdragon 888, paparan 120Hz dan kamera Hasselblad dengan harga mencecah RM3900

 

OnePlus akhirnya mengumumkan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro secara rasmi. Yang mana siri OnePlus 9 kali ini lebih terarah kepada kemampuan kameranya.

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 888, bersama memori LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 256GB.

Selain itu, kedua-dua model dilancarkan dengan kamera Hasselblad, paparan 120 Hz, pengecasan pantas Warp Charge 65T dan bateri berkapasiti 4500mAh. Untuk versi Pro ia turut hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar 50W. Kedua-dua model menjalankan OxygenOS 11 berasakan Android 11.

Fungsi lain yang ada pada kedua-dua model ialah pembesar suara jenis stereo, OnePlus Cool Play, Noise cancelation dan pengimbas cap jari dibawah skrin.

OnePlus 9 Pro

OnePlus 9 Pro adalah peranti dengan spesifikasi tertinggi. Hadir dengan skrin melengkung bersaiz 6.7 inci LTPO OLED Fluid Display 2.0 1440P E4 turut menyokong paparan adaptive 120Hz.

Untuk fotografi, OnePlus 9 Pro menampilkan tetapan kuad kamera dengan sensor 48MP (IMX789), 50 MP  (IMX766) ultra lebar, 8MP telephoto dan 2MP monokrom. Rakaman video pada OnePlus 9 Pro  menyokong sehingga 8K 30fps dan 4K 30/60/120fps. Kamera swafoto menggunakan sensor 16MP.

Dengan kerjasama OnePlus dan Hasselblad, fungsi Hasselblad Pro Mode turut dimuatkan untuk memberikan peningkatan kepada kualiti imej dan mempunyai kebolehan dalam Natural Color Calibration.

OnePlus 9 Pro hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Stellar Black, Morning Mist dan Pine Green.

Harga jualan bagi OnePlus 9 Pro adalah seperti dibawah :

₹ 64,999 (RM3,687) – 8GB/128GB

₹ 69,999 (RM3,971) – 12GB/256GB 

OnePlus 9

Untuk OnePlus 9 ia hadir dengan skrin bersaiz 6.55 inci rata FHD+ OLED, paparan 120Hz dan menyokong kandungan HDR10+.

Pada bahagian kamera, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan 48MP (IMX689) , 50MP (IMX766) ultra sudut lebar dan juga 2MP monokrom. Untuk rakaman video ia menyokong sehingga 8K 30fps dan dan 4K 20/60fps. Kamera Swafoto menampilkan sensor 16MP.

Bagi pilihan warna ia hadir dengan tiga pilihan iaitu Arctic Sky, Winter Mist, dan Astral Black.

Harga jualan bagi OnePlus 9  adalah seperti dibawah :

 ₹ 49,999 (RM2,836) –  8GB/128GB 

 ₹ 54,999  (RM3,120) – 12GB/256GB 

Untuk pasaran Malaysia ia masih belum lagi diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN