Close

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro sah menggunakan pengecasan pantas 65W

Seperti yang telah diumumkan oleh OnePlus, hari pelancaran siri OnePlus 9 sudah semakin hampir iaitu 23 Mac ini. OnePlus turut memberikan beberapa teaser awal mengenai kemampuna kamera dan memuatnaik video “Behind the lens” episod 1 dalam saluran Youtube mereka.

Maklumat baru mengenai OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Menurut DigitalChatStation, melalui sijil 3C yang tertiris, model OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro akan menggunakan pengecasan pantas 65W seperti mana pada OnePlus 8T. 

DigitalChatStation turut menjangkakan yang OnePlus 9 Pro akan hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar 45W. Namun tiada sebarang info mengenai pengecasan pantas pada OnePlus versi bajet iaitu OnePlus 9R. Jika merujuk kepada info awal, model OnePlus 9 akan menggunakan kapasiti bateri 4500mAh.

Kita boleh menjangkakan kedua model OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro menggunakan RAM LPDDR5, paparan 120Hz dan sensor kamera utama Sony IMX 789 50 MP dengan rakaman video 4K pada 120fps.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN