Close

OnePlus bakal umumkan hari pelancaran siri OnePlus 9 pada 8 Mac ini

CEO OnePlus iaitu Pete Lau memberikan petunjuk mengenai peranti mereka yang seterusnya melalui laman Twitternya. Dengan meletakkan gambar bersama caption “Something new is on the horizon” dan meletakkan tajuk “moonshot” pada gambar tersebut.

Gambar tersebut merupakan “Earthrise” yang telah di rakam pada misi Apollo 8. Di ambil menggunakan kamera Hasselblad, seperti kita tahu yang OnePlus dikatakan bekerjasama dengan Hasselblad untuk OnePlus yang akan datang.

Kebanyakkan peranti menggunakan gambar bulan untuk mengiklankan kemampuan kamera zoom mereka untuk astrofotografi namun OnePlus memilih cara sebaliknya. Ia mungkin menjadi salah satu ciri utama untuk siri OnePlus 9.

91Mobiles mengatakan yang siri OnePlus 9 bakal hadir dengan tiga varian, iaitu OnePlus 9, 9 Pro dan 9R.


Maklumat lain mengenai siri OnePlus 9, untuk versi Pro bakal hadir dengan skrin 6.78 inci 1440P paparan 120Hz dan pengecasan pantas tanpa wayar 45W. OnePlus 9 akan menggunakan skrin bersaiz 6.55 inci 1080P dengan paparan 120Hz. Kedua varian ini akan menggunakan cip Snapdragon 888. OnePlus 9R atau OnePlus 9 Lite skrin 6.5 inci FHD+ paparan 90Hz dan mungkin akan menggunakan cip Snapdragon 865 atau 870.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN