Close

OnePlus berjaya menjual siri OnePlus 9 dengan nilai $45.6 juta dalam 10 saat

Siri OnePlus 9 yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu sudah pun mula dijual hari ini. Dan OnePlus mengumumkan yang mereka berjaya menjual unit bernilai $45.6 juta dalam 10 saat di pelbagai platform atas talian.

Pada siri OnePlus 9 kali ini ia hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9R. OnePlus 9R yang dikuasakan Snapdragon 870 adalah model OnePlus edisi mampu milik, dan ianya hanya dijual secara ekslusif di India buat masa ini.

Sementara OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, dikuasakan oleh Snapdragon 888 dengan rekaan yang sama tetapi berbeza dari segi skrin, kamera dan juga kelajuan pengecasan tanpa wayar. 

Ini adalah permulaan terbaik buat OnePlus pada siri OnePlus 9. Namun, OnePlus tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai model yang paling banyak terjual.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN