Close

OnePlus mungkin akan menggunakan ColorOS untuk pasaran China

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, OnePlus telah pun meraih kejayaan yang besar dan juga berkembang dengan berpaksikan kepada peminat teknologi. 

OnePlus mempunyai beberapa barisan peranti dan ia hadir dengan dua jenis sistem operasi. Untuk pasaran China ia menggunakan sistem operasi HydrogenOS dan untuk pasaran global ia menggunakan OxygenOS.


Namun, terdapat laporan mengatakan yang peranti OnePlus untuk pasaran China tidak lagi akan menggunakan HydrogenOS sebaliknya akan menggunakan sistem operasi dari pada Oppo iaitu ColorOS.

Perkara ini dilaporkan oleh Senior XDA iaitu hikari_calyx, yang telah melihat pengumuman dari OnePlus QQ Official. Yang mengatakan laman web rasmi HyrdrogenOS akan ditutup pada 24 Mac yang merupakan tarikh pelancaran siri OnePlus 9 di China. Pengumuman itu juga memberitahu yang server OTA HyrdrogenOS akan ditutup pada 1 April. 

Buat masa ini tiada lagi pengesahan dari OnePlus mengenai perkara ini. Namun, forum di China telah pun membahaskan perkara ini. Semasa perkara ini terjadi, jurucakap OnePlus mengesahkan kepada XDA yang peranti OnePlus akan terus menjalankan sistem operasi Oxygen OS secara global.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN