Close

OnePlus Nord N10 5G kini rasmi di Malaysia – Paparan 90Hz dan pengecasan pantas 30W dengan harga RM1,199

OnePlus hari ini melancarkan sebuah lagi peranti kelas pertengahan mereka untuk pasaran Malaysia. Yang mana peranti ini sudah pun dilancarkan secara global pada Oktober tahun lalu.

Peranti  OnePlus Nord 10 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.49 inci FHD+ bersama paparan 90Hz. Dikuasakan Snapdragon 690 dengan binaan 8nm, dan hadir dengan satu spesifikasi sahaja iaitu 6GB RAM dan 128GB storan. Turut menyokong memori tambahan sehingga 512GB.

Pada bahagian kamera, OnePlus Nord 10 5G menggunakan tetapan kuad-kamera dengan kamera utama  64 MP, 8 MP sudut lebar , 2 MP depth dan 2 MP untuk makro. Untuk kamera swafoto ia menggunakan 16 MP.
Seperti model OnePlus lain, OnePlus Nord 10 5G hadir dengan pengecasan pantas Warp Charge 30T digabungkan dengan bateri 4300mAh. Ciri lain yang hadir adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo dan sokongan 5G.

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus Nord N10 5G ditawarkan pada harga RM1,199. Jualan pertama akan berlangsung pada 27 Mac ini melalui Lazada yang akan dijual dengan harga promosi RM999.

ARTIKEL BERKAITAN