Close

OnePlus Watch bakal hadir dengan Warp Charge, Sensor Sp02 dan ketahanan IP68

 


OnePlus telah pun mengesahkan tarikh pelancaran siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini. Pada hari pelancaran tersebut kita juga bakal diperkenalkan dengan jam tangan pintar pertama dari OnePlus iaitu OnePlus Watch.

Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, terdapat beberapa maklumat baru mengenai jam tangan pintar pertama dari OnePlus. Menurut Agarwal, OnePlus Watch bakal hadir dengan saiz 46mm bersama pensijilan IP68 tahan debu dan air. Dan ia turut ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu warna Perak dan Hitam.

Untuk sistem operasi yang digunakan masih tidak diketahui, berkemungkinan besar OnePlus bakal menggunakan platform mereka sendiri. OnePlus Watch dikatakan berkemampuan dalam membuat dan menerima panggilan telefon. Seperti kebanyakkan jam tangan pintar, ia boleh memaparkan notifikasi dan juga mengawal muzik.

OnePlus Watch turut berkemampuan berfungsi sebagai alat kawalan jauh bagi OnePlus TV. Untuk ciri lain OnePlus Watch ia bakal hadir dengan storan 4GB yang boleh memuatkan muzik,sokongan pengecasan Warp Charge, mod kecergasan dan juga sensor Sp02.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN