Close

Siri OnePlus 9 masih ada pengecasan di dalam kotak jualan

 

Biarpun OnePlus memilih untuk melancarkan peranti premium mereka lebih awal seperti mana Samsung melakukanya. Namun, OnePlus masih menyertakan pengecasan pantas didalam kotak jualan, tidak seperti Samsung.

OnePlus kini sudah bersiap sedia akan melancarkan siri OnePlus 9 mereka pada 23 Mac ini seperti yang telah diumumkan. Akan tetapi, terdapat satu perkara yang menjadi persoalan adakah OnePlus akan mengikuti trend tanpa pengecasan didalam kotak.


CEO OnePlus iaitu Pete Lau, mengesahkan bahawa siri OnePlus 9 akan dijual bersama pengecasan didalam kotak. Yang mana Pete Lau telah menjawab soalan dari forum OnePlus komuniti yang menyatakan adakah OnePlus juga tidak akan menyertakan pengecasn didalam kotak dan Pete Lau membalas soalan itu Don’t worry about it. We have the charger inside the box”.

Seperti yang dijangkakan siri OnePlus bakal hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9R. Dua peranti utama bakal menggunakan Snapdragon 888 dan OnePlus 9R akan menggunakan Snapdragon 870. Sama-sama kita nantikan hari pelancaranya tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN