Close

POCO akan memperkenalkan peranti baru pada 22 Mac ini

 

POCO Malaysia mengesahkan akan melancarkan peranti terbaru mereka pada 22 Mac ini.  Acara itu akan bermula pada jam 8.00 malam dan disiarkan secara langsung di Youtube. 

Dan terdapat satu lagi acara yang dijangka akan berlangsung pada 30 Mac nanti di India. Perkara ini disahkan melalui akaun Twitter POCO India. Yang akan memperkenalkan POCO X3 Pro dan POCO F3 atau Mi 11X untuk pasaran India.

Untuk spesifikasi, POCO X3 Pro bakal dikuasakan dengan Snapdragon 860 dengan rangkaian 4G. Pilihan RAM 6GB atau 8GB dan untuk storan pula adalah 128GB dan 256GB. Turut menyokong paparan 120Hz, bateri 5200mAh bersama pengecasan pantas.

Harga jualan POCO X3 Pro di India adalah bermula pada RM1,191 (INR 21,100) untuk model asas. Dan POCO X3 Pro bakal memasuki pasaran India terlebih dahulu tetapi bukan POCO F3. Sama-sama kita nantikan hari pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN