Close

POCO X3 Pro rasmi dilancarkan – Snapdragon 860, pengecasan 33W dan skrin LCD 120Hz dengan harga RM899

POCO hari ini telahpun melancarkan peranti terbaru mereka iaitu POCO X3 Pro yang hadir dengan cip pemproses terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 860, UFS 3.1, GPU Adreno 640, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Dari segi spesifikasi, X3 Pro mempunyai spesifikasi yang hampir sama saja seperti X3 NFC. Cuma terdapat kelainan sedikit pada beberapa bahagian.  Untuk skrin, ia menggunakan IPS LCD bersaiz 6.67-inci bersama ketahanan Gorilla Glass 6 dan paparan 120Hz.

Turut dibekalkan dengan bateri sebesar 5160mAh bersama pengecasan pantas 33W dalam kotak jualan. Menyokong NFC, LiquidCool Technology 1.0 Plus, pembesar suara stereo, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di butang kuasa.

Manakala kamera, menggunakan kuad-kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth dengan rakaman video sehingga 4K 30fps. Untuk swafoto, menggunakan satu kamera 20MP dengan rakaman video sehingga 1080p 30fps.

Terdapat 3 pilihan warna, iaitu Phantom Black, Frost Blue dan Metal Bronze. POCO X3 Pro juga ditawarkan dengan harga RM999 untuk 6GB + 128GB dan RM1,299 untuk 8GB + 256GB. Ia sememangnya harga yang cukup berpatutan untuk spesifikasi yang ditawarkan.

Namun, jika anda beli pada 24 Mac ini, anda akan mendapat diskaun dengan harga RM899 untuk 6GB dan RM1,099 untuk 8GB. 

ARTIKEL BERKAITAN