Close

Qualcomm Snapdragon 860 adalah versi kemaskini Snapdragon 855

Qualcomm sebelum ini lebih cenderung untuk mengeluarkan lebih banyak cip dibawah siri 400, 600 dan 700 setiap tahun dan akan ada satu sahaja cip untuk siri 800.

Namun pada tahun ini, Qualcomm mengumumkan tiga jenis cip dibawah siri 800 iaitu Snapdragon 860, Snapdragon 870 dan cip unggul untuk tahun 2021 iaitu Snapdragon 888.

Oleh kerana Snapdragon 870 adalah versi kemaskini dari Snapdragon 865, maka secara asasnya Snapdragon 860 adalah merupakan versi kemaskini dari Snapdragon 855 yang digunakan pada peranti premium pada 2019.

Untuk prestasi, Snapdragon 860 menggunakan 8-teras Kyro 485 dengan kelajuan teras utama 2.92GHz, dan menggunakan teknologi binaan 7nm, dan masih menggunakan GPU yang sama iaitu Adreno 640.

Selain itu, Snapdragon 860 turut menyokong RAM sehingga 16GB dan beberapa ciri kamera baru seperti mod malam ultra lebar, selfie mod malam dan juga kemampuan merakam dual video.


Peranti pertama yang hadir dengan cip Snapdragon 860 adalah POCO X3 Pro yang baru sahaja diumumkan hari ini. Kita mungkin akan melihat lebih peranti dengan Snapdragon 860 akan dilancarkan pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN