Close

realme 8 hadir dengan MediaTek Helio G95, skrin Super AMOLED dan kamera 64MP dengan harga sekitar RM853

realme turut mengumumkan satu lagi peranti baru kelas pertengahan mereka iaitu realme 8. Yang membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding realme 8 Pro.
Seperti pada realme 8 Pro, realme 8 juga membawakan skrin bersaiz 6.4 inci FHD+ Super AMOLED, dengan 1.000 nits puncak kecerahan dan turut menyokong input sentuhan pada 180Hz. Dikuasakan dengan cip dari Mediatek Helio G95 digabungkan dengan memori sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Untuk kamera realme 8 ia hadir dengan tetapan kuad-kamera dengan sensor utama 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan juga 2MP B&W. Manakala kamera swafoto adalah 16MP.
Bagi kapasiti bateri ia hadir dengan 5000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas SuperDart charge 30W. Dengan 65 minit diperlukan untuk satu pengisian penuh.
Untuk pilihan warna, realme 8 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cyber Silver dan Cyber Black tiada kemasan Flourescent seperti pada varian Pro. Harga realme 8 bermula dari Rs 14,999 (RM853) untuk 4GB+128GB,  Rs 15,999 (RM910) 6GB+128GB dan Rs 16,999 (RM967) untuk 8GB+128GB. Buat masa ini hanya ditawarkan di India dan Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN