Close

realme 8 Pro hadir Skrin Super AMOLED, Kamera 108MP dan pengecasan pantas 50W dengan harga sekitar RM1,024

 

realme hari ini mengumumkan peranti baru bagi kelas pertengahan iaitu realme 8 Pro yang menfokuskan kepada peranti kelas pertengahan dengan harga yang berpatutan.

Penawaran realme 8 Pro kali ini lebih terarah kepada kemampuan kameranya, ia hadir dengan membawakan sensor Samsung ISOCELL HM2 yang mana ia memberi kemampuan kamera terbaik dalam senarai realme dan merupakan peranti pertama yang hadir dengan 108MP.


realme 8 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci FHD+ Super AMOLED dan menyokong input sentuhan 180Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 720G yang digabungkan dengan memori sehingga 8GB dan storan 128GB.

Untuk fotografi, realme 8 Pro menampilkan tetapan kuad-kamera dengan sensor utama sebesar 108MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP B&W. Manakal kamera swafoto 16MP jenis punch-hole.

realme turut memuatkan mod kamera seperti new starry mode, dynamic bokeh , tilt-shif mode, neon potrait dan juga kebolehan zum digital. Untuk mod video realme hadir dengan dual view video yang boleh merakam dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang pada waktu yang sama.

Melengkapkan spesifikasi, realme 8 Pro hadir dengan bateri sebesar 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SupertDart charge 50W dengan satu pengisian penuh hanya 47 minit sahaja.

Dua warna yang ditawarkan pada realme 8 Pro iaitu Infinite Blue dan Infinite Black dengan kemasan Flourescent pada panel belakang yang bercahaya dalam keadaan gelap.

Harga jualan bagi realme 8 Pro adalah Rs 17,999 ( RM1,024) untuk 6GB+128GB dan  Rs 19,999 (RM1,138) untuk 8GB+128GB. Untuk buat masa ini penawaran realme 8 Pro adalah untuk pasaran India dan juga Eropah. Bagi pasaran Malaysia ia masih belum diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN