Close

Rekaan Huawei P50 Pro tertiris – Hadir dengan kamera belakang yang besar

Huawei dalam persiapan untuk melancarkan peranti baru mereka iaitu Huawei P50 Pro. Walaupun hari pelancaran masih belum tiba tetapi sudah ada beberapa info tertiris mengenai reka bentuk dan perincian lain berkaitan Huawei P50 Pro.

Steve Hemmerstoffer dari OnLeaks telah berkongsi maklumat mengenai Huawei P50 Pro, Steve menjangkakan P50 Pro akan menggunakan panel belakang kaca, bingkai logam dan menggunakan rekaan tepi rata bahagian atas dan bawah. Ukuran keseluruhan 159 x 73 x 8.6 mm, skrin bersaiz 6.6 inci dengan skrin sedikit melengkung bersama kamera swafoto ditengah.

Secara keseluruhan rekaan Huawei P50 Pro tampak premium dengan bezel dan chin yang sangat nipis. Tetapi yang pasti menjadi perhatian adalah bahagian kamera belakang yang sangat menonjol.

Dari reka bentuk yang dikongsikan ia memperlihat kamera belakang Huawei P50 Pro agak tebal dan besar dengan rekaan seperti pil. Yang mungkin menempatkan banyak sensor dalam setiap bulatan, namun ia masih tidak dipastikan.

Untuk spesifikasi penting seperti cip, bateri dan sensor kamera yang akan digunakan pada Huawei P50 Pro ia masih menjadi tanda tanya. Akan ada lebih banyak maklumat akan tertiris apabila menghampiri hari pelancaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN