Close

Rekaan rasmi siri OnePlus 9 tertiris

Siri OnePlus 9 bakal dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang, namun sudah ada maklumat awal rekaan telah tertiris. Mendedahkan reka bentuk, warna dan perincian yang lebih mendalam mengenai peranti baru OnePlus.

WinFuture hari ini telah mendedakan render rekaan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, yang memperlihatkan perbezaan pada kedua-dua model tersebut. Yang mana pada kedua-dua model mempunyai penjenamaan Hasselblad pada kameranya.

Namun seperti kebiasaan model OnePlus 9 akan hadir dengan sensor kamera yang kurang dari versi Pro. Tidak dapat dipastikan adakahOnePlus 9 akan menggunakan sensor Sony IMX789 dan IMX766 seperti yang telah disahkan pada OnePlus 9 Pro.

Dari rekaan luar, kedua-dua model ini mempunyai identiti yang tersendiri. Menggunakan bezel yang nipis dengan kamera swafoto punch-hole di atas sebelah kiri, akan tetapi model OnePlus 9 menggunakan skrin rata dan OnePlus 9 Pro menggunakan skrin melengkung. Ia sedikit berbeza pada model OnePlus 8 yang mana kedua-dua hadir dengan skrin melengkung.

Pilihan warna bagi model OnePlus 9 Pro dijangka hadir dengan warna slick matte black, warna perak dan warna baru iaitu hijau . Sementara itu, model OnePlus 9 ia bakal hadir dengan warna hitam, perak, dan juga ungu, dan ketiga-tiganya menggunakan kemasan jenis berkilat.

Secara keseluruhan siri OnePlus 9 hadir dengan beberapa perubahan dari segi rekaan dan juga warna yang ditawarkan. Ia pasti sesuatu yang menarik untuk melihat apa yang bakal OnePlus sajikan, sama-sama kita nantikan hari pelancaranya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN