Close

Siri Black Shark 4 dilancarkan – Snapdragon 888, paparan 144Hz dan pengecasan 120W dengan harga bermula RM1,581

Segmen peranti permainan semakin rancak selepas Xiaomi turut melancarkan peranti permainan mereka hari ini. Pada acara pelancaran di China, Xiaomi telah mengumumkan Black Shark 4 yang hadir dengan dua varian iaitu Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro.


Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro membawakan teknologi skrin yang sama. Hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci FHD+ E4 AMOLED paparan 144Hz dan juga input sentuhan 720Hz. Semasa artikel ini ditulis, siri Black Shark 4 merupakan peranti pertama yang hadir dengan sokongan input sentuhan sehingga 720Hz.

Kedua-dua model ini turut berkongsi kapasiti bateri dan pengecasan pantas yang sama. Siri Black Shark 4 hadir dengan bateri sebesar 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Yang mana Black Shark mendakwa satu pengisian penuh hanya memerlukan 15 minit sahaja. Selain itu, kedua-dua model turut hadir dengan bicu audio 3.5mm, NFC , WiFi 6 , pembesar suara jenis stereo.

Black Shark 4

Untuk spesifikasi Black Shark 4, ia hadir dengan cip Snapdragon 870 yang turut menyokong rangkaian 5G dan digabungkan dengan RAM LPDDR5 dan UFS 3.1. Hadir dengan empat pilihan memori iaitu 6GB+128GB, 8GB +128GB, 12GB+128GB dan 12GB+256GB. 

Kamera belakang Black Shark 4 menampilkan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 48MP (IMX582), 8MP ultra lebar dan 5MP makro. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 20MP. 

Bagi pilihan warna, Black Shark membawakan sehingga 5 pilihan warna iaitu Phantom Black, Inky Black, Light Grey, Blue dan Sakura. Untuk harga pasaran di China ialah 2,499 yuan (RM1,581) 6GB+128GB, 2,699 yuan (RM1708) 8G+128GB, 2,999 yuan (RM1898) 12GB+128GB dan  3,299 yuan (RM2087) 12GB+256GB.

Black Shark 4 Pro


Sementara itu, Black Shark 4 Pro pula dikuasakan oleh cip Snapdragon 888 yang turut digabungkan dengan piliha RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan sehingga 512GB UFS 3.1. Storan pada Black Shark 4 Pro juga menggunakan teknologi baru SSD seperti pada  Apple Mac Pro.

Untuk kamera belakang ia menggunakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64 MP (IMX686) , 8MP ultra lebar dan 5MP makro. Kamera swafoto jenis punch-hole dengan sensor 20MP.


Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Gray, Black Sea Ink dan Blue. Harga jualan untuk pasaran China adalah  3,999 yuan (RM2,530) 8GB+256GB,  4,499 yuan (RM2,847) 12GB+256GB dan 5,299yuan ( RM3,353) 16GB+512GB.

Buat masa ini, siri Black Shark 4 hanya ditawarkan di China sahaja, dan tiada lagi sebarang maklumat mengenai bilakah siri Black Shark 4 akan menembusi pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN