Close

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada 23 Mac ini – Hadir dengan sistem kamera Hasselblad

Beberapa bulan kebelakangan ini terlalu banyak ketirisan dan khabar angin mengenai siri baru OnePlus iaiti OnePlus 9. Walaupun banyak maklumat yang telah tertiris namun masih ada yang kita tidak mengetahui mengenai OnePlus 9.

Hari ini OnePlus sendiri mengumumkan yang siri baru OnePlus 9 akan dilancarkan pada 23 Mac ini. Ia bakal hadir dengan tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9R. Dan OnePlus turut mengesahkan telah bekerjsama dengan Hasselblad dalam mengembangkan sistem kamera mereka.

Pada pengumuman itu juga, OnePlus mendedahkan reka bentuk panel belakang yang memperlihatkan rekaan modul kamera dan menggunakan tetapan kuad kamera. Sensor Sony IMX789 baru akan di gunakan yang menawarkan keupayaan gambar RAW 12-bit, yang turut digunakan pada Samsung S21 Ultra dan iPhone 12 Pro Max.

Dengan sistem kamera baru ini, OnePlus dan Hasselblad bakal membawakan antaramuka kamera baru, kamera mod baru iaitu Mod Pro Hasselblad, ISO adjustment, white balance, exposure dan juga focus adjustments. OnePlus turut mendakwa yang sistem kamera baru ini boleh menghasilkan warna yang sangat tepat dan semula jadi.

Kerjasama antara OnePlus dan Hasselblad menelan belanja sekitar $150 Juta selama tiga tahun yang bakal menyelesaikan masalah prestasi kamera pada peranti OnePlus selama ini. Mungkin ada perkara yang akan diperlihatkan lagi oleh OnePlus dan Hasselblad, sama-sama kita nantikan hari pelancaranya tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN