Seperti yang telah tertiris, realme 8 Pro bakal membawakan kemampuan kamera baru di beri nama Inifiniti 108 MP yang menggunakan sensor ISOCELL HM2. Yang turut menjadi salah satu ciri utama pada versi Pro.
Sementara untuk realme 8, ia akan menggunakan kamera utama 64 MP. Dikuasakan dengan Helio G95, skrin AMOLED 6.4 inci, bateri 5000mAh berserta pengecasan pantas 30W.
Buat masa ini realme masih tidak lagi memberikan spesifikasi penuh bagi kedua-dua peranti. Nantikan acara pelancaran siri realme 8 pada 24 Mac ini.