Close

Siri Redmi Note 10 akan menjadi siri Redmi pertama yang menggunakan panel Super AMOLED

 

Selepas terlalu banyak spekulasi mengenai Redmi Note 10, CEO Xiaomi India iaitu Manu Kumar Jain akhirnya mengesahkan bahawa siri Redmi Note 10 akan menggunakan paparan Super AMOLED.


Namun masih tidak dapat dipastikan adakah kesemua model akan menggunakan paparan Super AMOLED atau hanya pada varian Pro sahaja. Walaubagaimanapun, ia bakal menjadi peranti pertama dengan panel Super AMOLED dalam siri Redmi Note.


Siri Redmi Note 10 akan diumumkan pada 4 Mac hadir dengan tiga varian iaitu Redmi Note 10, Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max. Berdasarkan dari beberapa maklumat yang tertiris, Redmi Note 10 menggunakan skrin FHD + 6,43 inci, di samping kamera utama 48MP dan cip Snapdragon 678.

Untuk versi Redmi Note 10 Pro pula ia hadir dengan Snapdragon 750G, pilihan RAM 8GB atau 6GB dengan storan 128GB bersama paparan Super AMOLED 6,67 inci. Bagi Redmi Note 10 Pro Max semestinya menawarkan spesifikasi yang lebih baik tetapi buat masa ini tiada maklumat mengenainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN