Close

Siri VIVO X60 hadir dengan Snapdragon 870 dan skrin AMOLED 120Hz dengan harga mencecah RM3,299


Vivo
hari ini melancarkan siri X60 yang mana siri ini lebih menfokuskan kepada fotografi. X60 dan X60 Pro juga merupakan peranti pertama Vivo yang bekerjsama dengan Zeiss untuk sistem kamera mereka.

Kedua-dua peranti baharu Vivo X60 dan X60 Pro secara keseluruhan menawarkan spesifikasi yang sama, tetapi seperti kebiasaan model Pro mempunyai beberapa fungsi yang lebih baik pada sesetengah aspek.

Siri Vivo X60 hadir dengan skrin bersaiz 6.56 inci AMOLED FHD+ bersama paparan 120Hz. Bagi Vivo X60 ia hadir dengan skrin rata dan model Pro pula hadir dengan dual skrin lengkung. Kedua-dua model X60 menggunakan cip Snapdragon 870, RAM sehingga 12GB dan storan 256GB.


Untuk kemampuan kamera, Vivo X60 menampilkan kamera utama 48 MP dengan OIS, 13MP ultra sudut lebar dan 13 MP potrait dengan kemampuan zoom optik 2x. Bagi X60 Pro ia menggunakan tetapan kamera yang sama. Tetapi pada kamera utama X60 Pro hadir dengan sistem penstabilan seperti gimbal untuk tangkapan yang lebih stabil. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 32 MP pada kedua-dua model.

Melengkapkan spesifikasi, bateri pada X60 adalah lebih besar iaitu 4300mAh berbanding pada X60 Pro yang lebih kecil iaitu 4200mAh. Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas Flash Charge 33W dan menjalankan Fun Touch OS 11.1 berasakan Android 11.

Siri Vivo X60 telah pun ditawarkan bermula hari ini dengan pra tempah ( Lazada @ Shopee ) berakhir pada 26 Mac. Hadir dengan dua pilihan warna Midnight Black dan Shimmer Blue. Harga jualan adalah RM2,699 untuk Vivo X60 5G 12GB RAM + 256GB ROM dan untuk Vivo X60 Pro 5G adalah RM3,299 12GB RAM + 256GB ROM.

Setiap pra-tempahan bakal menerima pakej perlindungan plus (jaminan tambahan 1 tahun + perlindungan retak skrin 1 tahun) dan kotak hadiah premium untuk X60. Untuk X60 Pro ia hadir dengan hadiah jam tangan pintar X8 dan bagasi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN