Close

Spesifikasi POCO X3 Pro tertiris – Menggunakan Snapdragon 860, paparan 120Hz dan bateri 5160mAh

Seperti yang kita tahu POCO telah pun mengumumkan tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu pada 22 Mac ini. POCO bakal membawakan dua barisan baru iaitu POCO X3 Pro dan POCO F3.

Sewaktu kemunculan awal POCO ia hadir dengan model POCO F1 yang turut menerima nama jolokan “Flagship Killer”, mana tidaknya model ini hadir dengan spesifikasi tertinggi ketika itu dan dijual pada harga mampu milik.

Skrip yang sama mungkin akan terjadi, melalui spesifikasi POCO X3 Pro yang tertiris. Ia memperlihatkan POCO X3 Pro hadir dengan cip kelas atasan. Selain dari cip kelas atasan ia turut hadir dengan beberapa pakej premium seperti paparan 120Hz, bateri 5160mAh dan juga pengecasan pantas 33W.

Imej spesifikasi POCO X3 Pro tertiris itu telah dikongsikan oleh @chunvn8888 di Twitternya. Beliau yang memperoleh imej tersebut melalui laman jual beli atas talian Shoppe yang berpengkalan di Vietnam. Imej yang tertiris itu turut mengesahkan reka bentuk dan juga mendedahkan spesifikasi yang tidak di umumkan sebelum ini.

Spesifikasi lain yang tertiris adalah cip Snapdragon 860pengecasan pantas 33W, bateri 5160mAh, pilihan RAM sehingga 8GB. Storan sehingga 256GB dengan sokongan microSD, bicu audio 3.5mm, tetapan kuad-kamera 48MP, paparan 120Hz dan menjalankan MIUI 12. Untuk reka bentuk POCO X3 Pro tidak banyak berubah seperti peranti sebelum ini iaitu POCO X3.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN