Close

Tiada lagi mod Fnatic pada peranti OnePlus

Seperti yang kita tahu Mod permainan pada OnePlus dikenali sebagai mod Fnatic. Yang mana ia adalah kolabrasi di antara Fnatic yang merupakan sebuah organisasi eSport profesional.


Pada permulaanya, mod Fnatic adalah esklusif  pada OnePlus 7 Pro namun selepas itu ia tersedia kepada semua peranti OnePlus yang lain. Mod Fnatic hadir dengan easter egg dan juga beberapa wallpaper yang bertemakan Fnatic.

Baru-baru ini OnePlus melancarkan Oxygen 11 Open Beta 3 kepada siri OnePlus 7 dan menyenaraikan kemaskini yang diberikan, namun OnePlus tidak menyenaraikan kemaskini tentang perubahan pada mod permainan.

Perubahan mod permainan itu disedari oleh pengguna Reddit iaitu T1Az, yang mana mod Fnatic telah ditukar kepada “Mod Gaming Pro” pada Oxygen 11 Open Beta 3.

Terdapat laporan mengatakan yang kolabrasi OnePlus dan juga Fnatic sudah pun berakhir, dan OnePlus akan menggunakan nama “Mod Gaming Pro” yang turut mengekalkan ciri dan kemampuan yang sama. Buat masa masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN