Close

Ulasan Samsung Galaxy Buds Pro – Mewah dan berkebolehan!

Disebalik siri Samsung Galaxy S21, Samsung juga turut perkenalkan Galaxy Buds Pro, iaitu fon telingar tanpa wayar yang telah dipertingkat dari segi audio, ciri dan juga rekaan yang diperbaharui dari model sebelumnya.

Samsung Galaxy Buds Pro mempunyai 3 pilihan warna iaitu Silver, Violet dan Black. Pada bahagian luar, terdapat tekstur kesat dengan logo Samsung bersama ‘Sound by AKG’. Manakala buds pula, terdapat gabungan tekstur yang berkilat dan juga kesat.

Warna dan juga rekaannya jelas kelihatan mewah, bergaya dan lebih segar jika diletakkan di telinga. Lebih-lebih lagi warna Phantom Violet. Jika digabungkan dengan warna yang sama seperti Galaxy S21/S21+, ia memang kombinasi yang sempurna!

Untuk keselesaan di telinga, Samsung memberikan beberapa saiz eartips dalam kotak untuk anda tukar. Bagi saya, saiz Galaxy Buds Pro terasa agak kecil dan bila diletakkan di telinga, tidak rasa berat dan selesa.

Cuma, kadang-kadang terasa seperti nak jatuh dari telinga jika berlari ataupun gunakan dalam masa yang lama. Ia mungkin disebabkan oleh saiznya yang kecil berbanding dengan model sebelumnya.

Seperti biasa, Galaxy Buds Pro boleh disambungkan terus ke mana-mana telefon pintar yang ada di pasaran sekarang melalui Bluetooth dengan mudah. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan peranti Samsung, ia akan secara automatik mengesan Galaxy Buds Pro dengan lebih pantas dan mudah.

Malah, terdapat juga pelbagai fungsi yang boleh ditetapkan atau dikawal melalui tetapan yang ada pada peranti Samsung untuk anda menentukan kesesuaian audio Galaxy Buds Pro. Bahagian buds juga terdapat fungsi sesentuh yang boleh digunakan untuk mainkan atau hentikan lagu.

Galaxy Buds Pro juga turut hadir dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC) yang cukup bagus untuk TWS dengan saiz yang kecil. Jika ANC diaktikan, bunyi sekeliling akan disekat dan akan lebih fokus pada lagu yang dimainkan. Namun, ANC Galaxy Buds Pro masih ada kelemahan jika terdapat bunyi yang kuat seperti kereta dan lain-lain.

Dengan bateri sebesar 472mAh pada pelindung dan 61mAh pada setiap satu buds, Galaxy Buds Pro boleh digunakan selama lebih kurang 28 jam tanpa ANC dan 20 jam jika ANC diaktifkan. Manakala penggunaan buds sahaja, 8 jam tanpa ANC dan 5 jam jika ANC diaktifkan.

Ia sememangnya satu kepuasan dari segi penggunaan memandangkan bateri yang tahan lama.

Menariknya lagi, Galaxy Buds Pro juga dilengkapi dengan pengecas jenis USB-C dan menyokong pengecasan tanpa warna Qi-Wireless. Pengecasan dari 0~100% ambil masa lebih kurang 1 jam.

Secara keseluruhan, jika anda mahukan TWS yang bergaya, nampak mewah, bateri yang tahan lama dan memerlukan fungsi ANC, Samsung Galaxy Buds Pro salah satu pilihan terbaik untuk anda dengan harga RM799. Untuk pembelian, klik pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN