Close

Xiaomi bakal menghadapi masalah bekalan cip yang akan memberi kesan kepada harga peranti

Xiaomi memberi amaran awal yang mana mereka bakal menghadapi masalah kekurangan bekalan cip sekaligus akan memberi kesan kepada kenaikkan harga peranti.

Akibat dari Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebanyakkan sektor terjejas. Yang mana ia telah mencapai titik di mana kos syarikat meningkat.

Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kekurangan cip dalam pasaran global, termasuklah peningkatan permintaan, masalah pengeluaran, dan sekatan terhadap China dari pentadbiran United State. 

Presiden Xiaomi Wang mengakui bahawa disebabkan faktor itu, ia sedikit sebanyak memberi tekanan. Yang akan memberi kesan kepada produk Xiaomi yang mampu milik menjadi lebih mahal

Namun, Presiden Xiaomi mengatakan yang mereka akan terus mengoptimumkan kos perkakasan pada peranti mereka.  Wang menambah lagi “Sejujurnya, kami akan melakukan yang terbaik untuk menawarkan harga terbaik kepada pengguna. Tetapi kadang-kadang, kita mungkin perlu memberikan sebahagian daripada kenaikan kos kepada pengguna dalam kes yang berbeza.”

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN