Close

Xiaomi Mi 10S akan dilancarkan pada 10 Mac ini – Hadir dengan Snapdragon 870, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 33W


Xiaomi
dijangka akan melancarkan satu lagi peranti mereka di bawah barisan Xiaomi Mi 10 iaitu Mi 10S yang akan dikuasakan dengan Snapdragon 870. Xiaomi telah pun mengesahkan secara rasmi tarikh pelancaran Xiaomi Mi 10S iaitu pada 10 Mac 2021.


Xiaomi Mi 10S bakal mempunyai kamera utama bersaiz 108 MP dengan rekaan modul kamera seperti pada Mi 10 Ultra. Namun terdapat beberapa perbezaan besar yang menunjukkan ia bukan dari rekaan yang lama dengan spesifikasi yang baru.


Jika dilihat dari rekaan modul kamera Xiaomi Mi 10S bakal membawakan tetapan kuad kamera dengan sensor utama adalah 108MP bersama dual-LED flashlight. Mi 10S mungkin tidak dilengkapi dengan kamera periskop ia akan hadir dengan kamera ultra sudut lebar, kamera makro dan kamera depth sensor. 

Jenis skrin tidak dapat di pastikan, namun kami menjangkakan ia akan menggunakan skrin AMOLED dengan pengimbas cap jari dibawah skrin. Dan akan menggunakan kamera swafoto jenis punch-hole di sebelah kiri.

Kami mengjangkakan yang Xiaomi Mi 10S akan hadir dengan Snapdragon 870, bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan pantas 33W. Kita bakal mengetahui spesifikasi penuh Mi 10S pada hari pelancarannya tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN