Close

Xiaomi Mi 11 Ultra kini rasmi – Snapdragon 888, dwi-skrin dan pengecasan 67W dengan harga sekitar RM3,786

 Xiaomi akhirnya memperkenalkan peranti unggul mereka iaitu Mi 11 Ultra. Seperti namanya juga, Mi 11 Ultra hadir dengan membawakan penawaran kamera yang lebih padu, skrin dengan resolusi tinggi, pengecasan berwayar dan tanpa wayar yang pantas serta cip Snapdragon 888.

Dari segi spesifikasi, Mi Ultra hadir dengan skrin 6.81 inci QHD+ AMOLED paparan 120Hz adaptif Dolby Vision. Dijana dengan Snapdragon 888 yang digabungkan dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan pilihan storan  sehingga 512GB.

Pada bahagian bateri, Mi 11 Ultra membawakan bateri sebesar 5000mAh, yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar 67W serta fungsi reverse wireless charging 10W.

Unutk fotografi, ia menampilkan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50 MP (ISOCELL GN2) , 48MP (IMX586) ultra lebar dan 48MP (IMX586) telefoto dengan kemampuan 120x zum. Ia juga hadir dengan sensor dToF umtuk pemfokusan yang lebih pantas, pada rakaman video ia menyokong resolusi sehingga 8K. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 20MP.

Di samping rekaan kamera yang Ultra lebar, ia turut menempatkan skrin kedua yang boleh memaparkan waktu, cuaca, tahap bateri , AOD , animasi , notifikasi dan mengambil gambar swafoto. Yang mana panel belakang diperbuat dari seramik dengan dua pilihan warna hitam dan putih.

Ciri-ciri lain yang hadir pada Mi 11 Ultra adalah ketahanan kalis air dan debu IP68, pembesar suara stereo Harmon Kardon, WiFi 6E, Modem 5G bersepadu X60 dan sistem teknologi penyejukan tiga fasa.

Harga pasaran bagi Mi 11 Ultra di China bermula pada harga 5999 yuan (RM3,786) untuk 8GB/256GB, 6499 yuan (RM4,102) untuk 12GB/256GB dan untuk versi tertinggi ia hadir dengan binaan seramik dijual pada harga 6999 yuan (RM4,417) 12GB/512GB. 

Semua varian akan mula dijual pada 2 April di China. Namun, untuk pasaran global masih belum diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN