Close

Xiaomi Mi 11 Ultra sah akan menggunakan sensor Samsung GN2


Xiaomi telah pun mengumumkan tarikh pelancaran bagi produk baru mereka pada 29 Mac ini. Yang mana acara itu dijangka akan menampilkan beberapa peranti baru seperti Mi 11 Ultra , Mi 11 Pro dan Mi 11 Lite.


Mengenai Mi 11 Ultra, Xiaomi mengesahkan yang Mi 11 Ultra akan menggunakan sensor kamera terbaru dari Samsung iaitu GN2 yang mana ia baru sahaja diumumkan pada bulan lepas.

Sensor ini mempunyai saiz fizikal sebesar 1/1.12-inci dengan saiz piksel mencecah 1.4μm dan boleh meningkat sehingga 2.8μm menerusi sistem quad-pixel-binning yang meningkatkan kemampuan HDR melalui sistem Smart ISO Pro. 


Selain itu, ia memberikan imej yang lebih tajam pada situasi pencahayan yang rendah. Ia juga mempunyai sistem autofokus Dual Pixel Pro yang menjanjikan penguncian fokus yang lebih pantas dan tepat. Sensor ini juga mampu merakam video 1080 480fps atau 4K pada 120fps.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat adakah Mi 11 Pro akan menggunakan sensor yang sama atau pun tidak. Namun kedua-dua model ini akan hadir dengan lensa periskop 48MP dan zoom optik 5x (120x digital) serta kamera ultra sudut lebar 48MP.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN