Xiaomi Mi MIX bakal hadir dengan lensa kamera cecair - FUZZ.MY

Sunday, March 28, 2021

Xiaomi Mi MIX bakal hadir dengan lensa kamera cecair


Xiaomi telah pun mengumumkan tarikh pelancaran produk baru mereka pada 29 March ini, Yang mana ia dijangka akan menampilkan barisan baru seperti Mi 11 Pro , Mi 11 Ultra, Mi Notebook Pro dan juga Mi Mix baru.


Sebelum ini Xiaomi telah pun memberi beberapa petunjuk awal mengenai Mi Mix selepas model ini tidak lagi ditawarkan oleh Xiaomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Perkara menarik mengenai Mi Mix ialah, ia bakal menjadi peranti pertama di dunia hadir dengan kamera lensa cecair. Xiaomi turut mendakwa ia mempunyai struktur optik seperti mata manusia.



Lensa cecair yang digunakan pada Mi Mix mengandungi cecair kelas optik yang boleh dikawal secara mekanikal atau elektronik. Tidak seperti pada lensa tradisional yang kaku, lensa cecair juga boleh mengubah focal length dengan pantas dan memerlukan ruang yang lebih sedikit berbanding lensa tradisional.


Xiaomi turut melakukan perbandingan dengan bagaimana mata manusia melihat. Kelajuan dalam mengubah bentuk dan kelajuan fokus pada lensa cecair adalah jauh lebih pantas daripada kawalan mekanikal lensa optik tradisional,


Selain itu, Xiaomi mendakwa bahawa cecair optik mempunyai transmisi cahaya tinggi, ultra-low dispersion, dan ketahanan pada persekitaran yang melampau.



Ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana lensa cecair ini berfungsi. Adakah anda juga teruja untuk menyaksikan peranti pertama di dunia dengan kamera lensa cecair.


(Sumber)