Close

Yamaha Y16ZR rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM10,888

Hari ini, Yamaha Malaysia telahpun melancarkan motosikal baharu mereka iaitu Yamaha Y16ZR yang membawakan rekaan yang lebih garang dan beberapa lagi pembaharuan yang mungkin akan membuatkan anda terliur.

Y16ZR menggunakan enjin 1 silinder 155cc sepertimana yang digunakan pada NVX 155 yang menghasilkan kuasa 17.7 hp dan 14.4 Nm. Tangki bahan api juga sebesar 5.4 liter. Terdapat juga transmisi 6 kelajuan bersama klac slipper dan assist untuk memastikan penukaran gear yang lebih lancar.

Untuk bahagian rekaan, Y16ZR hadir dengan rekaan yang lebih garang dengan lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED berserta lampu signal yang menjadikan Y16ZR lebih nampak unik.

Pada bahagian meter, ia didatangkan dengan meter digital LCD yang memaparkan kelajuan, RPM, kedudukan gear dan penggunaan bahan api.

Untuk pasaran Malaysia, hanya ada 3 pilihan warna sahaja yang ditawarkan iaitu warna Phantom Gray, Arrow Blue dan Ragin Yellow dengan harga bermula RM10,888. 

ARTIKEL BERKAITAN