Close

Android 12 bakal membawakan fungsi Trash – Membolehkan pengguna menyimpan, memulihkan atau memadam data secara kekal


Android 12
dijangka akan dilancarkan pada bulan September tahun ini. Namun, buat masa ini Android 12 masih lagi di peringkat pembangunan yang mana pengguna Google Pixel 3 dan ke atas sudah boleh mencubanya.

Seperti sebelum ini, pada peringkat pembangunan Google, akan membawakan beberapa fungsi baru yang akan diletakkan pada versi Android yang seterusnya.

Fungsi baru yang ditemui oleh XDA Developer ialah fungsi Trash, yang mana fungsi ini sama seperti fungsi Recycle Bin pada Windows. Membolehkan pengguna untuk menyimpan, memulihkan data  atau memadamnya secara kekal. 


Ia juga boleh bertindak sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum ia di padam secara kekal. Melalui aplikasi Files dari Google pengguna boleh melihat berapa banyak data yang tersimpan didalam Trash sebelum ia dihapus secara kekal selepas 30 hari.

Google dijangka akan memperkenalkan kesemua fungsi baru pada Android 12 di acara Google I/O yang dijangka berlangsung pada 18 Mei ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN