Close

Aplikasi YouTube mempunyai tetapan resolusi yang baharu buat Android dan iOS

                 

Pihak YouTube baru-baru ini telah melepaskan kemaskini terbaru buat aplikasi YouTube di Android dan iOS yang telah mengubah tetapan untuk resolusi sesuatu video. Jika sebelum ini, pengguna boleh terus memilih resolusi yang tersedia.

Untuk tetapan terbaru ini memberi pilihan pada pengguna untuk menyesuaikan resolusi video mengikut kelajuan internet peranti pengguna itu sendiri dengan 4 pilihan iaitu Auto (recommended), Higher Picture Quality, Data Saver dan Advance (boleh memilih resolusi secara manual).

Kemaskini terbaru ini mungkin memberi kelebihan pada pengguna untuk menjimatkan kuota internet atau yang terhad dan memberi penyesuaian mengikut kelajuan internet pengguna supaya dapat menonton video di YouTube tanpa gangguan.

ARTIKEL BERKAITAN