Close

Apple mungkin membawakan rekaan ‘Pemarut Keju’ pada iPhone

 

Reka bentuk Mac Pro yang seakan pemotong keju sememangnya satu rekaan yang unik dan lain dari kebiasaannya. Menurut beberapa laporan Apple dikatakn sedang meneliti untuk membawakan reka bentuk tersebut kepada iPhone.

Reka bentuk yang digelar ‘Cheese Grater’ atau pemarut keju telah diperkenalkan oleh Apple pada Mac Pro 2019 yang dicipta dengan membuat susunan sfera ke permukaan dalaman dan luaran dengan aluminium. Hasil dari corak tersebut dapat memaksimumkan aliran udara dan membuatkan stukturnya menjadi lebih kuat.

Apple percaya rekaan ini dapat menyelesaikan masalah kepanasan kerana ia rekaan tersebut dapat menambah luas permukaan peranti untuk penyejukan yang lebih  baik serta lebih berkesan.

Walaupun paten telah pun difailkan, namun ia bukanlah 100% akan dilancarkan oleh Apple. Ia mungkin boleh  menjadi seperti kisah AirPower yang gagal untuk dilancarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN