Close

Apple Store pertama di Malaysia mungkin akan dibuka pada tahun 2022

Malaysia akhirnya bakal mempunyai Apple Store sendiri selepas Singapura dan Thailand merupakan negara dari Asia Tenggara yang terawal mempunyai Apple Store sendiri. Terdapat tiga Apple Store di Singapura dan dua di Thailand.

Melalui laporan The Edge Malaysia, Apple dikatakan akan menyegerakan pembukaan Apple Store pertamanya di Malaysia seawal tahun hadapan. Yang mana, ia akan menjadi Apple Store pertama yang akan dibuka di The Exchange.

Wakil Apple Store dikatakan telah mengunjungi Malaysia untuk berunding dengan pengurusan The Exchange. Ia masih dalam fasa perbincangan yang menuju kepada arah yang positif.

 

Sekiranya perkara ini benar terjadi, Malaysia bakal menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai Apple Store sendiri. The Exchange merupakan hab kewangan dan perniagaan baru Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN