Close

Apple umumkan warna baru untuk iPhone 12 dan iPhone 12 Mini

Pada acara khas Apple hari ini, Apple telah mengumumkan beberapa barisan baru produk mereka. Tidak ketinggalan Apple turut mengumumkan warna baru untuk iPhone 12 dan iPhone 12 Mini.


iPhone 12 dan iPhone 12 Mini kini hadir dengan pilihan warna Ungu. Namun, tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi hanya penambahan warna baharu sahaja.

 Warna baru yang ditawarkan dilihat seakan warna pastel lavender yang dilihat bersesuai dengan tona warna digunakan sekarang pada siri keluarga iPhone 12.

Dengan penambahan warna baru ini, secara keseluruhan model iPhone 12 dan iPhone 12 mini kini hadir dengan 6 pilihan warna iaitu, hitam, putih, biru, merah, hijau dan juga ungu.

Pra tempahan bagi warna baru ini akan bermula pada 30 April ini dan akan sedia terjual pada 5 May. Apple dikatakan mendapat kesukaran dalam memadankan warna bingkai aluminium dengan panel kaca belakang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN