Close

Black Shark 4 dijual di Malaysia dengan harga RM2,299 – Boleh dibeli pada 28 April ini

 

Black Shark baru-baru ini mengumumkan Black Shark 4 kini rasmi untuk pasaran Malaysia. Black Shark 4 adalah kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Black Shark 3S.

Dari segi spesifikasi, Black Shark 4 membawakan skrin bersaiz 6.67 inci AMOLED dengan paparan 144Hz dan turut menyokong 720Hz touch sampling rate. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Untuk fotografi, Black Shark 4 hadir dengan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 48MP, diikuti dengan 8MP untuk ultra lebar dan 5MP telefoto. Pada bahagian hadapan, ia memabawakan kamera swafoto 20MP.

Melengkapkan spesifikasi, Black Shark 4 menggunakan bateri 4500mAh, dan untuk pengecasan ia membawakan pengecasan pantas 120W Hyper Charge yang mampu mengecas dari 0% ke 100% dengan hanya 15 minit sahaja.

Salah satu ciri eksklusif pada siri Black Shark 4 adalah butang tambahan yang menggunakan kuasa magnetik. Butang tambahan tersebut menggunakan reka bentuk bergenerasi baru. Dilengkapi dengan 6 pemacu magnet terbina yang menyokong sehingga 1 juta klik.

Ciri-ciri lain yang dibawakan oleh Black Shark 4 ialah DTS Stereo Speaker, Sandwich Liquid Cooling 2.0, bicu audio 3.5mm dan juga sokongan sambungan parallel WiFi 6.

Bagi yang ingin membeli Black Shark 4, pra tempahan akan dibuka bermula dari 28 April sehingga 4 Mei 2021 dengan harga jualan bermula pada harga RM2,299 bagi 8G/128GB dan RM2,799 untuk 12GB/256GB dan setiap pembelian hadir dengan freebies yang bernilai RM500.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN