Close

Celcom dan Digi bergabung menjadi Celcom Digi Berhad

Pemegang saham terbesar Celcom dan Digi iaitu  Telenor Asia Pte Ltd dan Axiata Group Bhd akan melengkapkan urusan penggabungan operasi syarikat telekomunikasi mereka. Dengan gabungan itu, bakal hadir syarikat baharu yang diberi nama Celcom Digi Berhad.

Kedua-dua syarikat dikatakn bakal memuktamadkan perjanjian berhubung cadangan urus niaga pada suku kedua 2021, selepas susulan proses ketekunan wajar.

Telenor Asia Pte Ltd dan Axiata Group Bhd akan mempunyai pemilikan yang sama iaitu 33.1%. Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mencalonkan Dato’ Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi bagi syarikat Celcom Digi Berhad.

Celcom Digi Berhad menyasar untuk mewujudkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia untuk memacu penyelidikan dan juga inovasi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN