Close

Cip Apple M2 dijangka akan mula digunakan pada pertengahan tahun ini

 

Pada tahun lalu, Apple telah mengumumkan Cip M1 yang merupakan cip pertama dari Apple dari x86 kepada  ARM. Dengan mempunyai cip sendiri, Apple akhirnya mempunyai kawalan penuh dari segi perisian dan juga perkakasan komputer.

Pengganti kepada cip Apple M1dijangka bakal tiba tidak lama lagi, mungkin akan dikenali sebagai Apple M2 atau M1X. Menurut dari Nikkei Asia, Apple dan TSMC dikatakan sudah pun memulakan pengeluaran besar-besaran cip Apple M2.

Dengan penghasilan cip Apple M2 dalam jumlah yang besar, ia memberi jangkaan awal yang mana cip ini akan dimuatkan ke dalam model MacBook baru dan mungkin juga pada barisan MacBook Pro baru yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Cip Apple M2 (M1X) akan hadir dengan cip 12-teras dan bukannya 8-teras, yang turut menggunakan teknologi baru yang dipanggil N5P. Cip baru ini akan membawakan peningkat prestasi yang besar dan juga penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding cip M1.

Apple juga dikatakan akan mempersiapkan model MacBook Pro 14 inci dan 16 inci baru yang akan menggunakan Apple Silicon yang baru dan membawakan kembali MagSafe, slot SD kad dan juga port HDMI.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN