Close

Cip pemproses Apple A15 Bionic akan mula dihasilkan pada bulan Mei ini

Menurut laporan baru dari Digitimes, cip pemproses Apple A15 akan mula dihasilkan bermula pada bulan Mei ini. Merujuk kepada jadual pengeluaran untuk iPhone 13 yang akan dilancarkan pada musim luruh. Cip A15 akan menggunakan teknologi binaan 5nm yang sama seperti A14 Bionic.

Walaupun menggunakan teknologi binaan 5nm yang sama seperti cip A14, Digitimes melaporkan bahawa ia akan menggunakan proses pembuatan yang dipertingkatkan.

Apple meggunakan binaan 5 nanometer adalah disebabkan cip M1 pada Mac dilihat mempunyai prestasi yang tinggi dengan pengguna kuasa yang cekap. Di amping Intel yang masih menggunakan binaan 10nm.

Kita boleh menjangkakan yang cip A15 akan menampilkan peningkatan prestasi dan juga kecekapan yang lebih baik berbanding cip A14 melalui dari kepakaran Apple dalam reka bentuk silikon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN