Close

Cip Qualcomm Snapdragon 888 Pro dikesan sedang diuji

Nampaknya Qualcomm bakal melancarkan satu lagi cip dalam siri 800, yang mana sebelum ini sudah ada khabar angin mengenainya. Namun, cip baru ini mungkin tidak akan dipasarkan secara global.

Menuru pakar tiris Digital Chat Station, Snapdragon 888 Pro dikatakan sedang diuji oleh beberapa pengeluar dan dijangka akan mula digunakan pada suku ketiga tahun ini dan hanya dipakai pada model yang terkemuka sahaja.

Snapdragon 888 Pro akan membawakan spesifikasi yang sama seperti pada Snapdragon 888 biasa namun akan menggunakan clock speed yang lebih tinggi. Selain itu, Snapdragon 888 Pro akan menggunakan teras ARM Cortex-X1 yang mana ARM ini digunakan pengeluar untuk membuat cip kustom mereka sendiri.

Dan terdapat laporan lain yang mengatakan hanya pengeluar yang berpangkalan di China sahaja akan menggunakan cip tersebut, yang membawa maksud cip Snapdragon 888 Pro adalah eksklusif untuk pasaran China sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN