Close

Cip yang sama pada Google Pixel 5 dan 4a 5G akan digunakan pada Google Pixel 5a

Gambar : OnLeaks x Voice.

Pada awal bulan lalu, Google mengesahkan akan melancarkan sebuah lagi peranti mereka iaitu Google Pixel 5a. Yang dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Walaupun Google belum mengumumkan apa-apa mengenai Pixel 5a, namun melalui dari kod sumber yang diperolehi dari Android 12 Developer Preview, telah memperlihatkan barisan kod yang membawa kepada jenis cip yang akan digunakan pada Pixel 5a serta kod nama Pixel 5a.

Kod pertama yang berjaya ditemui adalah Barret, iaitu merupakan kod nama bagi Pixel 5a. Dan kod kedua yang ditemui adalah sm7250 yang merupakan nombor bahagian dalam model cip Qualcomm Snapdragon 765G.

Gambar : OnLeaks x Voice.

Dengan menggunakan cip yang sama pada model yang sebelumnya serta reka bentuk yang hampir serupa ia pasti sedikit menghairankan. Sebelum ini telah tertiris reka bentuk Google Pixel yang seterusnya dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti Pixel 4a 5G yang dikatakan sebagai Pixel 5a.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Google akan membezakan peranti sebelumnya dengan Pixel 5a terutama dari segi harga. Salah satu kelebihan menggunakan cip yang sama adalah penjimatan kos dari segi penyelidikan dan pengembangan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN