G-Squad Pro dilancarkan – G-SHOCK pertama yang hadir dengan Wear OS pada harga RM2,896 - FUZZ.MY

ASUS

Friday, April 2, 2021

G-Squad Pro dilancarkan – G-SHOCK pertama yang hadir dengan Wear OS pada harga RM2,896



G-SHOCK
kini menyertai segmen jam tangan pintar dengan lebih serius selepas memperkenalkan model baru iaitu G-Squad Pro GSW-H1000 dengan menjalankan Wear OS. Yang juga merupakan jam tangan pertama dari G-SHOCK yang menjalankan Wear OS.



Walaupun ia merupakan jam tangan pintar ia masih membawakan reka bentuk lasak yang ikonik dengan spesifikasi terkini. 



G-Squad Pro turut hadir dengan ciri seperti fungsi GPS, multi-sensor, sokongan watch face, penjejakan aktiviti sukan, degupan jantung , pemantauan tidur, tekanan dan banyak lagi.




Model G-Squad Pro ini turut menampilkan tiga pilihan varian iaitu GSW-H1000-1, GSW-H1000-1A dan GSW-H1000-1A4. Yang mana ia juga mempunyai ketahanan shock-resistant dan 20 bar water- resistance

                                                                                                               


Untuk pilihan warna, G-Squad Pro hadir dengan tiga pilihan iaitu merah, biru tua dan hitam dengan harga jualan $699 (RM2,896). Namun Casio tidak lagi mendedahkan bilakah ia akan tersedia di pasaran.


(Sumber)