Close

Hasil gambar dari kamera Google Pixel 5a tertiris

Gambar : OnLeaks x Voice.

Google dengan tidak sengaja telah berkongsikan hasil gambar pertama dari Google Pixel 5a, melalui satu catatan blog di Google AI Blog yang memperincikan beberapa ciri kamera barisan Google Pixel.

Gambar tersebut dijumpai dalam galeri yang dihubungkan ke catatan blog yang membincangkan tentang  HDR + dengan bracketing yang ada pada barisan Google Pixel.

Google sebenarnya mungkin telah berkongsi gambar yang diambil dengan peranti itu sejak Oktober tahun lalu.  Dari data yang diperolehi, gambar itu telah diambil oleh jurutera perisian Google, Manfred Ernst pada bulan Oktober tahun lalu.

Gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera sudut ultra lebar dengan f /2.2. Dan kesemua gambar tersebut mengandungi data EXIF iaitu milik peranti dari Pixel yang sudah dikeluarkan.

Hasil gambar yang diambil itu menunjukkan jalan dengan beberapa kereta dan pejalan kaki di Taiwan. Berdasarkan dari gambar yang tertiris itu, Pixel 5a dijangka  akan masih menggunakan kamera dengan dwi-sensor yang menyokong mod HDR +, malam dan juga potret. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN