Close

Google dilaporkan akan menggunakan cip pemproses sendiri pada Google Pixel 6


Google
nampaknya akan menggunakan cip pemproses mereka sendiri pada peranti Google Pixel yang seterusnya. Dan kita mungkin bakal melihat Google Pixel 6 menjadi peranti yang pertama hadir dengan cip tersebut.

Cip yang akan dikenali sebagai “GS101”, berada dibawah platform perkakasan Whitechaple yang akan dikembangkan dengan kerjasama Samsung. Dengan nama awal “GS” ia mungkin membawa maksud “Google Silicon”. 

Melalui projek dengan kod nama “Slider” yang berhubung dengan Whitechaple memperlihatkan dua kod nama barisan Google Pixel baru iaitu “Raven dan “Oriole”. Yang mana kod nama itu telah pun dibocorkan sebelum ini, dan dijangka akan dilancarkan pada musim luruh ini.

Sebenarnya khabar angin mengenai cip Google ini sudah pun kedengaran pada awal tahun 2020 yang mana ia akan digunakan pada peranti Google Pixel dan Chromebook.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Google mempunyai cip untuk peranti mereka sendiri seperti mana Apple yang mempunyai cip tersendiri. Dengan mempunyai cip sendiri, Google nampaknya boleh melakukan optimasi sepenuhnya pada pemproses dan juga perisian. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN